Ku Nan akan jumpa Sivarasa di mahkamah

0
17

Kuala Lumpur – Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata beliau akan berjumpa Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah di mahkamah, kerana beliau mahu mencabar writ saman pemimpin PKR itu.

“Inilah masalahnya apabila tak faham dengan bahasa, cuba lari dari isu yang sebenar,” kata Tengku Adnan di Facebook.

Writ saman bertarikh 19 Jun itu menyatakan penerima perlu memberi jawapan dalam tempoh 14 hari.

Tengku Adnan berkata Sivarasa sebagai wakil rakayt mesti menghormati agama lain, apatah lagi perintah Sultan.

“Saya juga tak teragak-agak untuk ambil tindak balas dan saman di atas apa dia telah sebut dan lakukan,” katanya.

Sivarasa berkata Tengku Adnan pada 1 Jun lalu menuduh beliau membuat ucapan politik dalam masjid.

Beliau berkata ia secara tersirat merujuk kepada ucapan yang disampaikan di Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang, Selangor pada 24 Mei lepas.

“Kenyataannya tidak benar. Ini jelas berniat jahat kerana dia tahu saya menafikannya dalam kenyataan akhbar sebelum itu yang dilaporkan secara meluas,” kata Sivarasa.

Sivarasa berkata Tengku Adnan mengambarkan beliau mempunyai niat menggunakan masjid untuk tujuan politik dan tidak memberi penghormatan sewajarnya kepada tempat ibadat orang Islam.

“Dia dengan melampau, terlalu dan secara palsu menggambarkan saya sebagai ‘puak ketagih’,” katanya sambil berkata kes itu akan dibuktikan di mahkamah melalui rakaman video.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini