Isi minyak percuma petang ini

0
40

Kuala Lumpur – Warga kota yang pulang berhari raya menaiki motosikal berpeluang mengisi minyak percuma di stesen minyak Petron Keramat, petang ini.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program ini dianjurkan Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa bagi membantu golongan belia khususnya yang ingin kembali ke kampung halaman.

“Jika tahun-tahun lalu kita edarkan dodol dan kuih raya di terminal-terminal bas, kali ini kita tampilkan kelainan dengan beri minyak percuma.

“Walaupun harga minyak turun, tapi kita percaya program minyak percuma ini besar impaknya dalam membantu warga kota lebih-lebih lagi golongan belia untuk pulang berhari raya,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Titiwangsa berkata, pihaknya mensasarkan 500 golongan belia yang pulang berhari raya menaiki motosikal dalam program ini.

“Kita juga sediakan bubur lambuk sebagai juadah untuk mereka berbuka puasa,” katanya.

Program Jom Balik Raya Isi Minyak Percuma ini akan berlangsung dari jam 4.30 hingga 6.30 petang.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini