14 Termasuk 2 Wanita Dicekup Semasa Leka Berjudi

0
12

Johor Bahru – Seramai 14 termasuk dua wanita ditahan ketika sedang leka berjudi di sebuah premis perniagaan di Jalan Pendekar 17, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, di sini tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua mereka berusia antara 25 hingga 60 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri pada pukul 12.30 tengah malam.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM24,486 dan S$240, 11 keping cip pelbagai warna, tiga biji dadu, sekeping playwood, sebuah mangkuk kecil, sebuah piring kecil dan lima kerusi plastik.

“Kesemua mereka termasuk dua daripadanya yang dipercayai penganjur perjudian itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini