Ular Tedung Masuk Rumah Orang Di Johor (Video)

0
67

Sepotong video yang menyaksikan seekor ular tedung memasuki sebuah rumah di Batu Pahat, Johor tular di media sosial.

Menurut seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Derrick Yi Fan, dia amat terkejut apabila terjumpa ular tersebut di hadapan rumahnya pada Ahad lalu.

Menerusi video yang telah ditonton lebih daripada dua juta pengguna Facebook itu, ular tedung tersebut kelihatan amat agresif dan mencuba sedaya upaya untuk masuk ke dalam rumah.

Ketika kejadian, Derrick memaklumkan tiada sesiapa di dalam rumahnya dan sejurus melihat kehadiran ular tersebut, dia menghubungi pihak bomba untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Ular tedung sepanjang lapan kaki itu kemudian berjaya ditangkap walaupun pihak bomba mengalami kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini