Tiga abang sado jual durian, tarik perhatian pengunjung (Video)

0
90

Kalau di Pekan Kuah, Langkawi masyarakat setempat khususnya dalam kalangan lelaki ‘cair’ selepas melihat seorang penjual aiskrim cantik, tetapi di Thailand pula apa kurangnya – si penjual durian berbadan ‘sado’.

Tiga pemuda tersebut yang tidak didedahkan identitinya memanfaatkan bentuk badan mereka yang berotot ketika menjual buah durian, dan ia ternyata berjaya membuatkan ramai pelanggan ‘beratur’ panjang.

Memetik portal coconuts.co, tiga penjual seksi itu menjalankan perniagaan menjual buah durian di wilayah Sing Buri yang terletak lebih kurang dua jam dari Bangkok.

Tindakan tiga pemuda itu yang menanggalkan pakaian mereka sehingga menampakkan bahagian perut dan badan yang berotot membuatkan ramai pelanggan terutamanya dalam kalangan wanita menjadi ‘gila’.

Mereka dikatakan sengaja tidak memakai baju ketika berniaga disebabkan cuaca panas.

Video yang dimuat naik seorang pengguna Facebook bernama Noi Boonsita menjadi tular di laman sosial negara itu.

Berdasarkan rakaman tersebut, ketiga-tiga pemuda itu bukan sahaja memiliki bentuk badan yang seksi, bahkan raut wajah mereka juga tampan.

Ramai pelanggan yang terdiri daripada wanita kelihatan mahu membeli durian ‘abang sado’ itu.

Dengan badan yang ‘sado’, ditambah pula aksi membelah durian, mahu tidak ramai pelanggan berebut-rebut mahu membeli jualan mereka.

Difahamkan, terdapat beberapa jenis durian yang dijual di gerai THB39 Durian Warehouse, lokasi tiga pemuda itu bekerja.

Antara buah durian yang ditawarkan seperti Mon Thong, Chaee dan Benjapan. Kesemua jenis durian itu dijual dalam pelbagai harga.

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini