Sukarelawan Malaysia bukan ‘hamba Ramadhan’ (Video)

0
98

Nilai – Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia) menyeru agar masyarakat tidak menjadi ‘hamba Ramadhan’ dengan melaksanakan aktiviti kebajikan hanya ketika bulan puasa.

Menurut salah seorang sukarelawan yang ditemui, Prof Madya Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik sebagai hamba Allah, aktiviti membantu golongan yang memerlukan yang baik seperti ini wajar diteruskan di masa ke semasa.

“Sebenarnya kita (Sukarelawan Malaysia) tidak mahu menjadi hamba Ramadhan (dengan hanya melakukan aktiviti kebajikan ketika bulan puasa) tetapi kita adalah merupakan hamba kepada Allah SWT.

“Insyallah program (kebajikan) yang dilaksanakan ini tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadhan semata-mata tapi ia telah dijalankan sepanjang tahun,” katanya ketika ditemui selepas memberikan pek bantuan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Abdul Rahman berkata selain memberikan bantuan proogram yang diadakan itu juga bertujuan untuk menyelami masalah sebenar yang dihadapi bagi membolehkan golongan seperti ini keluar dari kepompong kemiskinan.

“Kita sebenarnya tidak menilai dengan hanya melihat bangunan (tempat tinggal) mereka tetapi melihat sendiri secara bersemuka dengan goloongan (asnaf) bagi mendapatkan gambaran yang sebenar keadaan mereka yang memerlukan bantuan ini.

“Kaedah seperti ini adalah lebih baik berbanding mengadakan program kebajikan hanya sekadar untuk mendapat nama kerana apabila kita bertemu dan berinteraksi dengan golongan ini ia adalah satu pendekatan yang lebih baik,” ujarnya lagi.

Ahad lalu, Sukarelawan Malaysia dengan kerjasama Fakulti Muamalat USIM sekali lagi menganjurkan program ‘Jejak Asnaf’ di sekitar kawasan Nilai dan Salak Tinggi.

Sementara itu menurut Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Siti Nurul Huda Nordin pemberian sumbangan pek makanan dan duit raya samata-mata, namun mereka turut memberikan khidmat nasihat dan kaunseling secara percuma.

Ia bertujuan untuk membolehkan golongan yang kurang bernasib baik ini mendapat pembelaan dan peluang yang sewajarnya untuk keluar dari belenggu kemiskinan.

“Pada saya aktiviti sukarelawan ini boleh dilaksanakan oleh semua peringkat masyarakat, namun setiap aktiviti yang dilaksanakan itu biarlah kerana kita benar-benar ikhlas ingin membantu dan bukan sebaliknya.

“Program yang dilakukan ini bukan sekadar memberikan ikan (bantuan) sahaja tapi kalau boleh kita nak mereka ini keluar dari kepompong itu (kemiskinan),” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini