PM : Hasil Positif Penstrukturan Semula MAS Menggembirakan

0
54

KUALA LUMPUR 21 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kegembiraan dan berpuas hati dengan hasil positif melalui penstrukturan semula syarikat pe­nerbangan Malaysia Airlines (MAS).

Perdana Menteri berkata, langkah itu pada ketika ini berjalan lancar sekali gus mewajarkan pasukan syarikat penerbangan itu untuk menerima bayaran ex-gratia.

“Berpuas hati bahawa penstrukturan semula berjalan lancar, menunjukkan hasil positif. Pasukan memang wajar mendapat bayaran ex-gratia. Teruskan usaha cemerlang anda,” katanya dalam Twitter beliau, hari ini.

MAS sedang melaksanakan langkah penstrukturan semula dengan suntikan dana RM6 bilion yang dijangka selesai dalam tempoh lima tahun sejak mula dilaksanakan pada 2014.

Syarikat berkenaan mengambil langkah mengurangkan kos, menyusun semula pesawat dan memperluas laluan perkhidmatan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini