Kedai nasi ganja Ipoh, jadi port kaki ponteng puasa diserbu

0
3167

Kuala Lumpur – Gerai nasi kandar yang terletak dalam sebuah restoran Cina lama di Jalan Yang Kalsom, Ipoh dikatakan telah diserbu Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dalam satu operasi pada Selasa lalu.

Menurut pengguna Facebook Hazalmi Bakar gerai yang terkenal dengan panggilan ‘nasi  ganja Ipoh’ itu diserbu pihak berkuasa kerana dikatakan menjadi sarang aktiviti jual beli kepada orang tidak berpuasa.

“Akhirnya 5 hari lagi nak abih Ramadhan JAIP menyerbu nasi ganja Ipoh, sepatutnya sehari sebelum raya la (Jabatan Agama) pergi serbu.

“Senyum je tokey nasi ganja tengok JAIP serbu kedai dia sebab bagi masa (selama) 25 hari (untuk mereka) mengenyangkan perut-perut orang yang tak berpuasa,”katanya memetik kenyataan di status tersebut.

Menurut Hazalmi kejadian tersebut bukanlah yang pertam kali berlaku, kerana hampir setiap tahun kedai nasi kandar tersebut diserbu pihak berkuasa atas kesalahan yang sama.

“Tahniah dan syabas ler sebab ada tindakan dari JAIP, walaupon tiap-tiap tahun (kedai tersebut) buka (pada bulan puasa) dan kena serbu tapi ‘Vangge’ tetap maintain berniaga dan menjadi pilihan orang ramai yang tak berpuasa di bulan puasa #Mcd xnk serbu ke,” katanya lagi.

Sementara itu tinjauan MassaTV melalui ruangan komen mendapati rata-rata penguna media sosial menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan yang lebih tegas kepada pemilik kedai tersebut.

“Kedai mcm ni sepatutnya pihak berkuasa x benarkan operasi setiap kali bulan ramadhan,” kata Empayar Azmieda.

“OPERASI JANJI ADA oleh JAIPk. Kalau tak buat langsung org marah Hazalmi Bakar… kalau buat awal tokeh nasi ganja marah…. last buat lagi bape hari nak raya lah. Itupun setakat diberi NASIHAT je. Tiada tangkapan tiada pendakwaan. Lalalalala,” ujar Mustafa Zaidi Mohamed pula. MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini