Minta Maaf Kalau Nak Keluar Dari Kitaran Sumpah Kata Mangsa Buli

0
4668

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang pernah menjadi mangsa buli menggesa agar rakan seniornya ketika dibangku sekolah dahulu untuk segera berjumpa dengan semua pelajar yang pernah menjadi ‘korban’ keganasannya bagi meminta maaf.

Mohammad Noorizzuddin Nooh melalui catatan di Facebook berkata pengalaman dipukul tanpa sebab sehingga menyebabkan bibirnya pecah menyebabkan dirinya benci dengan rakan seniornya itu sehingga kini.

“Setiap bulan Ramadhan saya pasti terkenang pengalaman dipukul oleh senior sehingga pecah bibir saya, esoknya dah la sekolah dan berpuasa panas pulak tu.

“Dipukul tanpa melakukan (sebarang) perbuatan yang salah, perasaan ketika itu ialah takut, marah, benci dan hopeless,” katanya ketika mengimbau kembali pengalaman pahit yang melanda dirinya suatu ketika dahulu.

Noorizzuddin turut menjelaskan selepas tragedi itu dia pernah terfikir untuk menikam pelajar tersebut setiap kali bertembung dengannya di sekolah kerana tekanan perasaan.

“Just to illustrate betapa bencinya saya pada senior tersebut pada masa itu sampai perasaan saya berbuak buak untuk menikamnya ketika berselisih di perhimpunan pagi. Itulah perasaan saya pada ketika itu.

“Hanya Allah yang tahu bertapa bencinya saya pada makhluk pembuli itu, cikgu tak tahu (malah) mak ayah pun tak tahu. I was alone, menanggung derita gurisan emosi.

“Akhirnya saya memaafkan makhluk ini tapi tidak akan melupakan apa yang dia telah buat. Sakit weei kena tumbuk kat muka sampai pecah bibir. Sakit weei kena tumbuk kat perut kul 2 pagi,” ujarnya lagi.

Noorizzuddin turut menyifatkan kesusahan yang dialami oleh pelajar tersebut ketika ini adalah disebabkan kafarah atas dosa yang pernah dilakukan.

“Kafarah perbuatan beliau, sekarang beliau susah (malah) projek (pun) tak masyuk (mungkin kerana) sahabat-sahabat satu batch dengan saya ramai yang masih membenci makhluk ini dan menyumpah setiap kali mendengar namanya.

“Macam mana hidup nak berkat bro, (sebab itu) hidup kau susah sekarang (sampaikan) sentiasa membebel di FB.

“Nasihatku, pergilah minta maaf kepada kawan-kawanku yang pernah kau buli. Kau tahu siapa dirimu, keluarkan dirimu dari kitaran sumpah seranah rakan-rakanku agar kehidupanmu berubah menjadi lebih baik,” tegasnya pula. MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini