Masjid Islam liberal di Berlin benarkan wanita Malaysia jadi imam solat

0
143

BERLIN – Sebuah masjid yang menyebarkan fahaman Islam liberal membenarkan lelaki dan wanita menunaikan solat bersama-sama, dibuka di ibu kota Jerman, Berlin, lengkap dengan beberapa imam wanita.

Suara azan bergema di Masjid Ibn-Rushd-Goethe itu ketika warga Amerika Syarikat kelahiran Malaysia, Ani Zonneveld atau Zuraini Tan Sri Abdul Khalid mengimamkan solat Jumaat pada minggu lalu.

Dia merupakan salah seorang daripada beberapa imam wanita di dunia.

Pengasas masjid itu yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi wanita, Seyran Ates merasmikan masjid itu dengan ucapan selamat datang kepada sejumlah besar petugas media dan tetamu beragama Kristian serta Yahudi.

“Kami mahu menghantar mesej untuk memera­ngi keganasan Islam selain pe­nyalahgunaan agama kami.

“Kami mahu mengamalkan agama kami bersama-sama,” kata Ates yang berumur 54 tahun.

Masjid baharu dan yang ke-88 di Berlin itu terletak di tingkat tiga bangunan gereja St.John.

Sementara itu, tujuh pengasasnya berkata, masjid itu dibuka kepada semua golongan termasuk gay dan lesbian.

“Masjid ini membenarkan orang Islam mencari identiti mereka dengan cara terbaharu,” kata pe­ngasas bersama dan ulama Jerman, Abdel-Hakim Ourghi. – AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini