Gadis Sabah Menangis Tak Dapat Balik Raya (Video)

0
3118

Subang – Salah seorang pekerja Mydin melahirkan rasa syukur kerana diberikan kehidupan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak berkemampuan.

Erra Fazira Ibrahim, 20 ketika ditemui MassaTV tidak dapat menahan sebak apabila melihat Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia) menjayakan aktiviti ‘Jom Shopping bersama anak-anak yatim.

“Hari ini kita ada program kebajikan membeli-belah bersama anak-anak yatim, pada saya program seperti ini sangat menarik kerana dapat bersama-sama membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana kita dapat hidup yang lebih baik berbanding menreka di masa yang sama saya berharap kanak-kanak ini juga akan mendapat kehidupan yang lebih baik di masa hadapan,” katanya sejurus selepas program tersebut diadakan.

Ketika diminta mengulas lanjut, Erra turut mengharapkan program seumpama ini dapat diteruskan dari masa ke semasa sambil mengharapkan lebih ramai individu yang berkemampuan tampil menghulurkan bantuan.

“Saya berhadap program seperti ini dapat diteruskan lagi khususnya dari orang ramai agar dapat membentu lebih ramai kanak-kanak yang memerlukan.

“Saya ingin mengucapakn Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin, minta maaf sangat-sangat sebab (mak) terpaksa beraya seorang diri pada tahun ini,” katanya lagi.

Jumaat lalu, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri merangkap Presiden Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil mengetuai 21 orang sukarelawan meraikan kira-kira 200 orang anak-anak yatim untuk membeli kelengkapan Hari Raya Aidilfitri.

Kanak-kanak yang berumur antara 4 hingga 16 tahun itu merupakan penghuni Rumah Bakti Al-Kausar, Rumah Permata Hatiku dan Pusat Jagaan Amal Asyura yang terletak di sekitar Lembah Klang. – MassaTV

 

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini