Anak Zarina Zainuddin Mengamuk Kerana Ubat Ibu Hilang (Video)

0
10544

JIKA anda sering mengikuti Instagram pelakon Zarina Zainuddin, anda pasti dapat melihat dia seorang ibu yang hebat untuk menjaga anak Orang Kelaianan Upaya (OKU).

Membesarkan dua anak kembar autisme iaitu Muhammad Razil Azrai (Azil) dan Muhammad Raizal Azrai (Azal), 21, membuatkan wanita berusia 47 tahun ini sentiasa menjadi idola wanita dan ibu-ibu di luar sana.

Bagaimanapun awal pagi Rabu, pelakon Isteri Tuan Ehsan ini telah memuatnaik tiga video di Instgaramnya yang disifatkan netizen amat menyentuh hati.

Anaknya Azal dikatakan terlalu risau terhadap ibunya yang tidak beberapa sihat lalu dia sukar mengawal emosi gara-gara ibunya itu terlupa membawa ubat.

Tiga video berdurasi tiga minit menunjukkan bagaimana Zarina cuba memujuk Azal yang berada di dalam kereta dipandunya.

Dalam rakaman tersebut, Azal dalam keadaan yang agak agresif beberapa kali menyuruh ibunya melakukan sesuatu agar tidak terus sakit.

Tingkah laku anak Zarina itu menimbulkan kerisauan netizen kerana remaja itu dilihat seakan-akan hilang kawalan.

Kedengaran suara Zarina sambil menangis sedang memujuk anaknya itu bersabar turut mengundang simpati ramai sambil berharap pelakon itu terus tabah.

Tak kurang ada yang menitipkan kata-kata nasihat buat Azal termasuklah pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.

@Aydajebat: Cakap kat Azal, Kak Ayda marah Azal marah-marah

Manakala Zarina menerusi tiga kapsyen videonya menulis:

@zarinazainuddin: Azal stress ubat ibu hilang… #autism

@zarinazainuddin: Azal anak ibu…anak yang baik dia risau ubat ibu hilang. Ibu shooting pagi ni tonsil bengkak #autism

@zarinazainuddin: Anak ini tidak akan berpisah dari saya #autism

Kami tahu Zarina ibu yang kuat dan kejadian pagi ini hanyalah secebis dari seribu kisah yang sudah biasa dihadapinya selama membesarkan dua anaknya itu.

Semoga Allah terus memberi ganjaran buat ibu setabah Zarina.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini