Hoki Lelaki Malaysia layak ke Piala Dunia 2018

0
877

KUALA LUMPUR 21 Jun – Skuad hoki lelaki negara menempah slot ke saingan suku akhir kejohanan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) di London selepas meraih kemenangan 5-1 menentang China dalam aksi terakhir Kumpulan A, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan Malaysia menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan enam mata selepas empat perlawanan.

Dengan itu, boleh dikatakan secara matematiknya pasukan hoki lelaki Malaysia layak ke Piala Dunia 2018 yang akan berlangsung di India.

Dalam aksi suku akhir pada 22 Jun ini, Malaysia di jadual menentang India yang juga naib juara Kumpulan A.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini