Syed Saddiq hanya boneka politik Mahathir Kata Pembantu Rosmah

0
1438

Kuala Lumpur – Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman digesa agar berhenti untuk melemparkan fitnah terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pegawai Khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor melalui laman Faeboknya berkata laporan siasatan yang dikeluarkan Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat sebelum ini langsung tidak menyebut nama Rosmah.

“Syed Saddiq kalau nak jadi ahli politik yang matang dan tidak kelihatan bodoh, jangan malas membaca. Baca dan fahami apakah Datin Seri Rosmah benar-benar menerima berlian tersebut atau ini semua hanya cerita rekaan semata-mata? Pandai bercakap dan berdebat belum tentu akalnya sempurna.

“Jangan buat fitnah di bulan Ramadan ini kerana DOJ tak pernah sama sekali sebut nama Datin Seri Rosmah Mansor terima apa jua barang kemas termasuk rantai pink yang dituduh Syed Saddiq dalam instagram dia,” katanya memetik kenyataan di status tersebut.

Rizal turut mengingatkan Syed Saddiq agar menjawab dahulu isu yang mendakwa Tun Dr Mahathir membayar Yayasan Clinton sebanyak RM22 juta untuk memburukkan-buruk negara ini.

“Syed Saddiq jangan lari dari topik asal, dia perlu terlebih dahulu jawab isu-isu mengenai pembayaran RM22 juta kepada Yayasan Clinton oleh Tun Mahathir untuk kerja-kerja melobi DoJ.

“Syed Saddiq yang masih lagi muda dan mentah dalam politik ini jangan terlalu ghairah mencari populariti. Dia ini cuma boneka politik yang mudah digula-gulakan oleh orang seperti Tun M dan Tun Daim,” ujarnya lagi.

Rizal turut mengingatkan Syed Saddiq untuk membincangkan skandal jijik yang melibatkan pemimpin tertinggi PPBM.

“Presiden yang Syed Saddiq sanjungi, TS Muhyiddin Yasin masih berdiam diri soal skandal hubungan sulit dengan Nika Gee (rujuk akuan bersumpah suami Nika Gee).

“Sebagai orang yang pernah mengaku sebagai tokoh agama, berdegar-degar bercakap soal membela agama dan kebenaran dan suka menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya, beliau terpalit dengan skandal sejijik ini.

“Bukan sekadar itu, skandal bersama wanita bukan Islam ini juga telah meruntuhkan rumah tangga wanita tersebut. Orang seperti ini, selagi dia tidak membersihkan namanya hanya layak menjadi seorang pemimpin kepada kaki disko,” ujarnya pula.

Syed Saddiq turut digesa agar membangkitkan isu mengenai kemewahan anak dan cucu Mahathir yang selama ini dikatakan sebagai pemimpin paling bersih.

“Bincangkan juga kemewahan anak-anak dan cucu Tun Mahathir yang mempunyai harta berbillion ringgit. Hingga salah seorang cucu Tun M yang belum berusia 30an mempunyai beg tangan yang berharga RM 400 ribu.

“Kita semua pulang ke kampung menaiki kenderaan dan bersesak di jalanraya. Bincangkan juga bagaimana anak cucu Tun M pulang ke beraya naik jet mewah. Kalau benar Tun M itu pemimpin yang bersih, mari kita bincangkan dari mana sebenarnya datang kekayaan anak cucunya,” katanya pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini