Suspek rogol yang terlepas kembali ke penjara

0
38

Kuala Lumpur – Seorang suspek warga Indonesia yang melarikan diri dari IPD Klang Utara petang semalam ditahan semula.

Lelaki yang berusia 27 tahun itu ditangkap di Seksyen 26, Kampung Baru Hicom Shah Alam, yang terletak 20km dari mana dia melarikan diri, pada 7.00 pagi tadi, selepas polis melancarkan pemburuan suspek.

Suspek ditahan dalam siasatan ke atas kejadian rogol melibatkan seorang suri rumah di Kampung Rantau Panjang, Klang 2 minggu lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat, suspek sudah merancang untuk melarikan diri, malah mengupah seorang lelaki untuk menghantarnya ke tempat tinggalnya di Kampung Baru Hicom Shah Alam.

“Lelaki itu ditahan sekumpulan penyiasat yang pergi ke kampung itu pada 1.00 pagi selepas menerima maklumat risikan yang suspek sudah pulang ke sana,” kata Yusoff hari ini.

“Suspek sudah menukar pakaiannya dan memotong salah satu gari, yang tergantung di pergelangan tangannya ketika dia ditahan semula. Dia memotong gari dengan bantuan lelaki yang diupah RM60 untuk menghantarnya ke kampung itu. Kami sedang menjejaki lelaki itu.

“Selepas membebaskan diri, suspek sempat merompak seorang wanita dan cuba merogolnya. Kini kami menyiasat kejadian itu juga. Suspek akan didakwa di mahkamah. Kami dijangka membawanya ke mahkamah tidak lama lagi,” kata Yusoff menurut laporan itu.

Semalam, Yusoff dilaporkan berkata suspek meminta untuk ke tandas dan di sana dia berjaya membuka palang tingkap untuk melarikan diri.

Siasatan polis mendedahkan dia mengikat seluarnya pada palang dan memutarnya untuk membuka ruang yang cukup untuk melepaskan diri melalui tingkap tandas di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Suspek juga dipercayai didakwa mencabul seorang wanita dalam satu kejadian pecah rumah di Meru bulan lalu.

Menurut NST, suspek pada 7 Jun lalu didakwa merogol seorang suri rumah berusia 34 tahun ketika dia dan 2 rakan subahat memecah masuk rumah wanita itu pada kira-kira 4.00 pagi.

Kejadian itu berlaku di bilik tidur wanita itu, ketika suami dan anak lelaki berusia 4 tahun sedang tidur di ruang tamu.

Tiga lelaki itu kemudian ditangkap polis di Plaza Tol Shapadu pada 13 Jun.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini