Sultan Selangor rasmi Masjid Al Ilmi

0
36

Dengkil – Masjid Al Ilmi, Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil dibina secara bergotong royong pada tahun 1997 dirasmi petang tadi dengan perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Masjid dibina dengan kos awal sebanyak RM 300,000 pada tahun 1999 itu turut mendapat peruntukan kerajaan persekutuan sebanyak RM 1.2 juta bagi pembesaran masjid dan telah siap sepenuhnya pada tahun 2004.

Dengan kedudukan yang strategik ia turut digunakan untuk pelbagai program termasuk kelas pengajian muslimin, aktiviti kemasyarakatan, ceramah perdana, dan sambutan korban.

Sementara itu, dalam program sama Sultan Sharafuddin turut berangkat mencemar duli pada Majlis Berbuka Puasa bersama hampir 1,000 masyarakat sekitar Daerah Sepang.

Dalam majlis itu, baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 210 asnaf fakir miskin dan 104 golongan mualaf sebelum bertitah dalam program tersebut.

Baginda kemudiannya meluangkan masa berbuka puasa, solat Magrib dan Isyak serta solat sunat terawih berjemaah bersama rakyat.

Hadir sama pada majlis itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Haris Kasim dan Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini