SPRM panggil Isa Samad, isteri beri keterangan esok

0
21

Kuala Lumpur – Hanya sehari selepas meninggalkan Felda Global Ventures (FGV), Tan Sri Mohd Isa Samad dan isteri dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pasangan itu dipercayai dipanggil untuk diambil keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya, 10.00 pagi esok.

Isa meletak jawatan sebagai pengerusi FGV semalam selepas bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau kemudian dilantik menjadi pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

FGV disiasat berikutan dakwaan yang dibuat Ketua Pegawai Eksekutif FGV Datuk Zakaria Arshad 6 Jun lalu.

Beliau menggesa SPRM menyiasat tawaran yang dibuat FGV, terutama yang melibatkan jabatan pemerolehan.

Dilaporkan ada dakwaan salah laku dan salah guna kuasa terhadap kepimpinan FGV.

Zakaria bertemu SPRM pada 7 Jun dan pada keesokan harinya, suruhanjaya menyerbu pejabat FGV di Menara Felda, Kuala Lumpur dan mengambil dokumen untuk siasatan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini