Jae-in mahu henti guna tenaga nuklear

0
22

Seoul (Korea Utara) – Korea Selatan akan menghentikan rancangan untuk membina loji tenaga nuklear baharu dan tidak akan memanjangkan jangka hayat loji sedia ada, dalam usaha bagi menamatkan tenaga nuklear di negara itu.

Presiden Moon Jae-in, semalam berkempen untuk program menghentikan penggantungan tradisi Korea Selatan terhadap arang batu dan nuklear bagi sebahagian besar kuasa.

“Kami akan menamatkan pelan penjanaan tenaga nuklear dan membuka jalan untuk era bebas nuklear.

“Kami juga akan menarik balik rancangan membina loji tenaga nuklear baharu selain tidak memanjangkan jangka hayat loji sedia ada,” katanya dalam satu majlis sempena penutupan reaktor Kori No 1 di Busan.

Tengah malam kelmarin, reaktor nuklear tertua Korea Selatan Kori No.1 telah ditutup secara kekal untuk selama-lamanya selepas mencapai tempoh akhir jangka hayat selama 40 tahun.

Seoul mempunyai 25 reaktor nuklear dan membekalkan kira-kira satu pertiga daripada jumlah keseluruhan tenaga elektrik di negara itu. – Reuters

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini