Isa disifatkan sebagai pemimpin kitar semula

0
55

Kuala Lumpur – Tindakan melantik bekas pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV), Tan Sri Isa Abdul Samad sebagai pemangku pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disifatkan sebagai amalan kitar semula oleh kerajaan.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub mendakwa perkara seperti itu dikatakan menjadi amalan kerajaan yang akhirnya akan mengakibatkan mengakibatkan pembaziran dan pertindihan jawatan.

“Situasi ini jelas dilihat apabila pemimpin bermasalah yang disahkan oleh Jawatankuasa Disiplin Umno sendiri seperti beliau (Isa) di bawa masuk ke FGV setelah timbul isu di Felda dan sekarang ke SPAD pula.

“Kita anggap tindakan seperti ini sama seperti proses kitar semula di mana ia tidak memberikan faedah kepada negara,” katanya pada sidang media.

Kelmarin, Isa meletak jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings (FGV) Bhd, beberapa jam selepas mengadakan pertemuan dengan perdana menteri.

Beliau berkata, desakan supaya satu audit pengurusan dilakukan oleh institusi yang dikenali untuk kebaikan negara.

“Urus tadbir negara ini harus di semak semula melalui proses audit pengurusan untuk mengenal pasti apakah punca masalah dan ia bukan hanya melibatkan kewangan tapi pengurusan.

“Sebagai contoh bila sudah sedia ada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ditambah pula dengan SPAD begitu juga dengan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) tapi masih diwujudkan 1MDB,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini