Cukai pelancongan: Sarawak umum keputusan 22 Jun, kata ketua menteri

0
20

Kuching – Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg berkata Kabinet negeri akan bermesyuarat pada 22 Jun ini untuk membincangkan pelaksanaan Cukai Pelancongan dengan lebih lanjut.

“Saya akan umumkan keputusan selepas mesyuarat Kabinet pada Khamis. Saya sudah berjumpa dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan akan menyampaikan perincian pertemuan itu kepada jemaah menteri,” katanya, lapor Bernama.

Cukai itu akan berkuatkuasa 1 Julai ini. Ia akan menyaksikan warga tempatan dan asing membayar levi kepada pengusaha hotel mengikut bilangan bilik dan malam penginapan.

Cukai untuk hotel tidak bertaraf ditetapkan pada RM2.50, 2 bintang RM5.00, 3 bintang RM10.00, 4 bintang RM15.00 dan 5 bintang RM20.00.

Cukai kontroversi itu menyaksikan pimpinan BN negeri bertelagah dengan kerajaan persekutuan

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini