Tindakan Mahathir bayar pihak asing satu pengkhianatan

0
28

Kuala Lumpur – Dakwan yang mengatakan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayar pihak asing bagi mencalar imej kerajaan disifatkan sebagai satu pengkhianatan.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah berkata, dakwaan Mahathir membayar AS 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya adalah satu jenayah berat.

“Iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

“Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, AS 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut,” katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada MassaTV.

Menurut Shahar Mahathir seharusnya mengunakan wang tersebut untuk membela rakyat rakyat miskin sambil menpersoalkan sumber dana tersebut.

“Adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti baharu beliau.

“Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan AS 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

“Jika benar semua tindakan Mahathir kini adalah untuk membela nasib rakyat, mengapa tidak menggunakan AS 5 juta, jumlah yang sangat besar itu untuk membantu rakyat yang miskin dan memerlukan,” katanya lagi.

Shahar turut berkata tindakan Mahathir itu akhirnya telah menyebabkan ramai ahli PPBM sedar sikap sebenar Mahathir yang selama ini hanya berlakon demi kepentingan peribadinya.

“Kini saya dan rakyat Malaysia mula sedar, mengapa hari demi hari semakin banyak akar umbi parti baru itu kecundang dan keluar parti dengan alasan kepincangan pucuk pimpinan.

“Kerana mereka mula sedar perjuangan pengerusinya bukanlah satu perjuangan untuk rakyat, sebaliknya hanya untuk melindungi diri, dendam dan hanya satu lakonan yang semakin menampakkan kebenarannya,” ujarnya pula. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini