Presiden Vanuatu meninggal akibat serangan jantung

0
25

Wellington – Presiden Vanuatu, Baldwin Lonsdale, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 67 tahun semalam.

Menurut Vanuatu Daily Post, Lonsdale, yang memecat kerajaannya dua tahun lalu ekoran skandal rasuah besar-besaran, meninggal dunia di ibu kota negara kepulauan Pasifik itu, Port Villa.

“Bendera dikibarkan separuh tiang sejak awal pagi ini (semalam). Ketika ini, mayat mendiang dilaporkan berada di Hospital Vila Centra,” lapor akhbar itu.

Lonsdale, yang menjadi kakitangan awam sebelum menjadi paderi Anglican, dipilih menjadi presiden negara itu sejak 2014. -AFP

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini