Lagi mayat ditemukan dalam kejadian tembak di Pattani

0
24

Pihak berkuasa Thailand menemukan satu lagi mayat remaja yang ditembak penyerang tidak dikenali ketika berburu di Kampung Tolang, Yaring di wilayah bergolak itu pagi semalam.

Penemuan mayat remaja lelaki berusia 13 tahun kira-kira pukul 10 pagi tadi waktu tempatan, menjadikan angka korban insiden tembakan itu kepada tiga orang.

“Mayat mangsa yang hilang itu ditemukan kira-kira 120 meter dari tempat kejadian. Terdapat kesan tembakan di bahagian badan dan kepala mangsa,” kata Ketua Polis Yarang Kol Monteri Kongwadmai hari ini.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan tentang motif kejadian yang berlaku pada 11.50 pagi itu dan telah menemu ramah dua remaja yang terselamat dalam kejadian tersebut.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini