Indonesia tempatkan Sukhoi sebagai langkah berjaga-jaga hadapi militan

0
34

Tarakan (Indonsia) – Indonesia didakwa telah menempatkan beberapa jet pejuang Sukhoi di pangkalan tentera utara di sini sebagai langkah berjaga-jaga bagi menangani sebarang ancaman yang mungkin wujud daripada kumpulan militan Filipina.

Perkara itu didedahkan oleh seorang kolonel tentera udara mereka, Didik Krisyanto kepada agensi berita Antara hari ini.

“Kami menerima maklumat terdapat anggota militan yang melarikan diri dari Filipina dan terpaksa menyeberangi sempadan Indonesia,” kata Didik.

Difahamkan, tiga buah jet Sukhoi tiba di pangkalan tentera udara itu sejak Jumaat lalu dan dijangka ditempatkan di situ untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan untuk tujuan berkenaan. -REUTERS

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini