Posmen menangis dapat surat tak layak terima bonus

0
77

Seorang pekerja Pos Malaysia Berhad melahirkan rasa kecewanya di laman
media sosial kerana gagal mendapatkan sebarang bonus bagi menyambut hari lebaran yang bakal menjelma tidak lama lagi.

Lelaki tersebut yang mengunakan nama sebagai Tom Yana di laman Facebook mendakwa walaupun dirinya telah berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik namun usaha tersebut ternyata tidak dihargai.

Kepada Dato Pos Malaysia (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) yang dihormati, saya sebagai perkerja bawahan kurier Pos Laju  NP1 buat status ini bukan untuk burukkan syarikat tetapi harus di ingat kami perkerja bawahan bermain dengan hujan panas bermandi peluh berlapar dahaga dibawah matahari terik sepanjang hari keluar seawal jam 4pagi masuk kerja balik selewat 9malam.

“Kerja penat-lelah (dan) semput sampai sakit-sakit masuk keluar hospital, (kadang-kadang cuti hujung minggu) hari Sabtu dan Ahad kami (terpkasa) korbankan masa dengan keluarga demi tanggung-jawab, tapi ini hasilnya yang pihak atasan bagi kami.

“Rm 0 bonus saya dapat tahun ni dengan markah prestasi 44.9 sebelum ini sudah 4 tahun merasa prestasi tahap 2 tapi tak mengapa ada juga hasilnya walau sedikit,” tulisnya di status tersebut.

Dia turut mendakwa tidak mempunyai niat untuk memburukkan majikannya itu namun hanya sekadar ingin membuka mata masyarakat terhadap nasib yang menimpa dirinya.

“Niat aku bukan untuk burukkan nama syarikat tapi nak buka mata orang atasan terhadap kami-kami pekerja bawahan,”kata seorang pekerja Pos Laju yang meluahkan rasa kesedihannya apabila tidak diberikan bonus setimpal dengan tugasan mereka.

 

“Kami ada anak bini juga untuk diberi makan diberi pakai lagi-lagi untuk hari raya akan tiba ini, saya tahu kadang-kadang saya melawan ketua, mc disebabkan sakit saya tetapi inikah pembayaran tahunan kerja sepanjang tahun ini.

“Saya di luar pejabat cuba buat kerja sehabis mungkin kadang-kadang sampai malam sebab saya fikir memang tanggungjawab saya seorang kurier,” ujarnya lagi.

Melalui status yang sama, Tom Yana turut berkata dirinya menangis ketika mendapat surat makluman mengenai perkara tersebut.

“Gaji kami yang kecil tidak seberapa ini manakan mahu bayar rumah,kereta,bil-bil pakai makan dan lain-lain.

“Diharap status ini dapat sampai ke DATO POSMALAYSIA cuba pertimbangkan balik apa yang saya luahkan. Tak pernah saya menangis bila lihat surat ini. Ini kali pertama saya menangis disebabkan mengenangkan anak isteri untuk dibeli segalanya raya ini.

“Mohon kawan-kawan share moga- moga sampai ke Dato posmalaysia .. Minta maaf andaikata saya silap dan beri kurang senang pada sesetengah pihak. Salam dari staff 7 tahun di poslaju kl. Sekian rintihan kurier np1,”tulisnya yang dikongsikan Tom Yana.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini