Netizen Terharu, Rosmah Prihatin Nasib Kanak-Kanak Dibaling Bungkusan Air Panas

0
156

Seorang netizen melahirkan rasa terharu dengan sikap dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor terhadap nasib seorang kanak-kanak lelaki yang dibaling dengan bungkusan air panas dalam satu kejadian minggu lalu.

Mazlan Abd Latif melalui catatan di Facebooknya berkata beliau tidak menyangka sama sekali Rosmah begitu mengambil berat terhadap nasib kanak-kanak yang teraniaya walaupun mangsa hanya tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Terharu apabila isteri seorang Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu prihatin terhadap kanak-kanak apabila kisah adik Syafiq yang saya viralkan di FB telah sampai ke pengetahuan beliau dan mengarahkan (Pegawai Khasnya) Datuk Rizal Mansor untuk menyampaikan sumbangan dan bertanyakan perkhabaran serta perkembangan adik Syafiq.

“Bayangkan isteri seorang perdana menteri yang sentisa sibuk tetapi begitu mengambil berat tentang kanak-kanak yang teraniaya.

“Tak sangka walupun kami hanya tinggal di PPR namun masih mendapat perhatian daripadanya. #SyukurSelalu #PemimpinPrihatin,” tulisnya memetik kenyataan di status tersebut.

Terdahulu Mazlan melalui statusnya pada Ahad, mendakwa salah seorang penghuni di PPR Wangsa Maju bertindak di luar batas kewarasan apabila sanggup membaling bungkusan air panas terhadap kanak-kanak yang sedang bermain kerana dikatakan membuat bising.

“Beberapa hari lepas kecoh kat Wangsa Maju pasal ada budak kena baling dengan air panas yang diikat dalam plastik kemudian di baling dari atas flat (kerana) kisahnya budak-budak ini bermain dan bising.

“Jika bising sekali pun tak kan ini bentuk hukuman kepada budak ini? Melecur sampai tak boleh pakai baju,” luah Mazlan sebelum ini.

Dia melalui posting yang sama turut melahirkan rasa kesal dengan sikap Kementerian Wilayah Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana masih gagal memasang kamera litar tertutup (CCTV) walaupun peruntukkan tersebut telah diluluskan sejak dua tahun lalu.

Mazlan turut menyifatkan indidvidu yang tidak bertanggungjawab itu sebagai ‘syaitan’ sebelum membuat satu laporan polis pada hari berikutnya. – MassaTV

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini