Nenek kanak-kanak syabu mahu tuntut hak penjagaan

0
17

Nenek kepada kanak-kanak berusia 3 tahun, yang didakwa dipaksa hisap syabu dalam sebuah kereta di Sungai Petani, mahu menuntut hak penjagaan cucunya.

“Saya janji, saya akan jaga dia sampai saya mati,” kata wanita 53 tahun itu di rumahnya di Ladang Harvard, Bedong, Kedah semalam.

Beliau tidak mahu cucunya dijaga orang yang berkelakuan tidak wajar, lapor The Star.

Selasa lalu video memaparkan seorang budak dipaksa hisap syabu menjadi tular di media sosial.

Kanak-kanak itu sekarang ini dimasukkan ke wad Hospital Sultan Abdul Halim di Sungai Petani sementara kes disiasat polis dan jabatan kebajikan masyarakat.

Nenek itu berkata beliau tidak melihat cucunya sejak 3 bulan lalu. Menurutnya lagi, bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang cuci di Singapura.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Faridalathrash Wahid berkata polis mengambil seorang lelaki di hospital semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana mengabaikan dan mendedahka kanak-kanak itu kepada kecederaan fizikal,” katanya.

Pengarah jabatan kebajikan masyarakat Kedah Md Noor Chik berkata kanak-kanak itu dalam keadaan sihat.

“Kanak-kanak itu akan ditempatkan dibawah jagaan sementara pihak jabatan. Dia akan diserahkan kepada keluarga yang layak selepas polis selesai menjalankan siasatan,” katanya.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini