Hentakan kepala punca kematian Nhaveen kata polis

0
23

Polis semalam berkata kematian T Nhaveen berpunca daripada daya hentakan tumpul ke kepala, apabila mangsa dipukul sekumpulan pembuli yang dipercayai bekas rakan sekolahnya.

Pengumumman hasil bedah siasat itu menyahkan ketidakpastian sama ada remaja 18 tahun itu meninggal dunia di hospital kerana komplikasi perubatan lain, lapor The Star.

Selasa lalu, Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Anuar Omar mendedahkan Nhaveen pernah menjalani rawatan untuk ketumbuhan otak.

Salah seorang ibu saudara Nhaveen memberitahu media mangsa mengambil ubat untuk epilepsi.

Hasil bedah siasat itu mematikan sebarang spekulasi yang mengatakan Nhaveen mati kerana keadaan kesihatannya.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Roslee Chik berkata siasatan sudah selesai.

“Kami menunggu pengesahan daripada jabatan peguam negara untuk mendakwa suspek kerana membunuh,” katanya semalam.

Beliau menyeru orang ramai yang pernah dibuli atau dipukul di kawasan Gelugor baru-baru ini supaya tampil membuat laporan polis.

Roslee berkata mereka yang berasa terancam selepas membuat laporan polis akan dilindungi di bawah program perlindungan saksi.

Beliau percaya ada dalam kalangan suspek dalam kes Nhaveen itu giat membuli.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini