Cuba serang polis, 3 penjenayah ditembak mati

0
23

Dengkil – Tiga penjenayah warga asing ditembak mati oleh polis awal pagi ini berdekatan kawasan perumahan Jenderam Harmoni, Dengkil kerana cuba menyerang polis dalam satu operasi.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata semasa rondaan yang dijalankan polis cawangan D9 Kontinjen Selangor dan Jabatan Siasatan Jenayah Sepang, anggotanya terserempak dengan 3 lelaki terbabit yang berpakaian gelap dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika polis cuba untuk menahan kesemua suspek bagi pemeriksaan, mereka bertindak agresif dengan melibas parang ke arah pihak polis,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Katanya polis kemudian terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri dan kesemua suspek disahkan mati di tempat kejadian.

Abdul Aziz berkata hasil pemeriksaan tiada tanda pengenalan diri ditemui pada badan kesemua suspek dan tiada kesan suntikan BCG.

“Selain parang, kami menemui peralatan dipercayai untuk memecah rumah dan hasil pemeriksaan cap jari pada seorang suspek mendapati beliau terlibat dalam enam kes iaitu di Dengkil dan Bandar Salak Tinggi.

“Kami mengesyaki suspek dalam perjalanan untuk melakukan jenayah pecah rumah hasil penemuan barang-barang tersebut, ” katanya.

Kes di siasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

MENINGGALKAN SUATU KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda disini